Tuesday, December 28, 2010

Dirgahayu Bahasaku ( sajak )

Sajak Dirgahayu Bahasaku – Ahmad Sarju

Maksud 
Rangkap 1
-Bahasa kebangsaan sepatutnya diangkat martabatnya kerana menjadi hati dan nurani bangsa Malaysia yang berbudi, setia dan amanah kepada negara.

Rangkap 2 
-Bahasa kebangsaan merupakan maruah bangsa yang mesti dipelihara martabatnya supaya utuh dan kukuh dalam menempuh dunia yang semakin canggih serta berperanan untuk menjadi alat untuk menyatukan bangsa.

Rangkap 3
-Para pejuang bahasa telah berjuang untuk mempertahankan bahasa kebangsaan supaya kekal menjadi milik rakyat negara ini dan sentiasa akan mendaulatkannya dalam era globalisasi ini.

Rangkap 4 
-Sejarah telah membuktikan bahawa bahasa kebangsaan telah berjaya menjadi bahasa perantaraan dalam bidang diplomatik di peringkat antarabangsa.

Rangkap 5
-Diharapkan agar bahasa kebangsaan akan terus berkembang di peringkat antarabangsa iaitu digunakan sebagai bahasa ilmu dan menjadi bahasa yang melambangkan kesopanan bangsa Melayu. Bahasa kebangsaan akan terus digunakan sebagai bahasa perpaduan dan berupaya untuk menghadapi rintangan dan mencaipta kejayaan dalam alaf baru ini.

Tema
Bahasa kebangsaan perlu dipelihara dan dimartabatkan darjatnya.

Persoalan
1. Sayang akan bahasa kebangsaan
2. menghargai sumbangan bahasa kebangsaan
3. hormat akan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu
4. keyakinan dan optimis akan masa depan bahasa kebangsaan

Gaya Bahasa
1. Sinkof – tempatmu, bangsaku, memilikimu, pelautku, bahasaku, mendaulatkanmu, bahasamutak
2. Metafora – lautan bijaksana
3. Personifikasi – Sejarah bangsa mencatatkan kegemilangan
- bahasaku mencengkam
4. Inversi – gagah pelautku membelah lautan 
- di arena antarabangsa suaramu tumbuh
5. Anafora – hak bangsaku memilikimu
                    hak bangsaku mendaulatkanmu
6. Pengulangan – ke barat dan ke timur
                           ke utara dan ke selatan


Nilai 
1. Semangat patriotik
2. Hormat-menghormati 
3. Semangat perpaduan
4. Yakin diri 

Pengajaran
1. Kita hendaklah menyayangi bahasa kebangsaan kita sendiri.
2. Setiap rakyat negara ini haruslah memartabatkan bahasa kebangsaan.
3. Kita mestilah yakin akan kemampuan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu.
4. Kita perlulah menggunakan bahasa kebangsaan untuk memupuk perpaduan kaum.



Kecek(v)
(Abdullah Awang)
Maksud
Rangkap1
Seorang yang berjawatan pengarah dalam sebuah bank sibuk mengumpul kekayaan dengan hasil simpanan pelanggan. Semasa menjalankan tugas dia begitu licik pecah amanah dan menggelapkan wang. Perbuatan jenayah itu telah lama dilakukan.
Rangkap2
Di kampung pula, seorang petani hidup dalam serba daif dan kekurangan. Dia tabah dalam membesarkan anak-anak dan menyara keluarga. Namun dia tidak pernah mengambil hak orang lain dalam usaha untuk keluar dari belenggu kemiskinan.
Rangkap3
Di kawasan pantai, seorang nelayan juga terus dibelenggu kemiskinan. Anak-anaknya turut dibesarkan dalam keadaan serba kekurangan. Namun dia juga tidak pernah menggunakan hasil titik peluh orang lain sepanjang meniti kehidupan yang semakin lama semakin menghimpit.
Rangkap4
Setiap dosa dan pahala, kebaikan dan kejahatan setiap individu itu akan dicatatkan. Mereka akan mendapat pembalasan dari Tuhan seperti yang telah dijanjikan.
Tema
Sikap amanah. Dalam mencari rezeki kita perlu amanah kerana wang yang diperoleh digunakan untuk menyara keluarga. Golongan yang berjawatan didapati seringkali pecah amanah untuk hidup mewah berbanding golongan yang berpendapatan rendah.
Persoalan
1.Persoalan sikap pecah amanah oleh golongan berjawatan tinggi.
2.Persoalan golongan miskin terus dibenggu kemiskinan dan hidup susah.
3. Persoalan setiap perbuatan pasti mendapat balasan seperti yang dijanjikan oleh Allah
Bentuk
1. Bentuk bebas
2. Jumlah rangkap - 4 rangkap
- Rangkap 1 - 8 baris ayat
- Rangkap 2 - 11 baris ayat
- Rangkap 3 - 12 baris ayat
- Rangkap 4 - 5 baris ayat
3. Rima akhir setiap rangkap
- Rangkap 1 – abbcddba
- Rangkap 2 – abcdccedccb
- Rangkap 3 – abcccdebcfgc
- Rangkap 4 – abcbd
Nada
 Sinis.
Gaya Bahasa
1. Ayatnya pendek-pendek
Contohnya ; di kampung
2. Diksi – mudah difahami
Contohnya: seorang nelayan
3. Aliterasi – perulangan konsonan’n’
Contohnya : dan mengunci sedozen anak-anaknya
4. Asonansi – perulangan vokal ’a’
Contohnya :di dalam pagar sengsara
5. Perulangan perkataan ’di’
Contohnya :di sebuah, di pantai
6. Metafora
Contohnya : akaun kemiskinan, ruang kedaifan, pagar sengsara, akaun sengsara,
pusaran nasib, papan hidupnya, rumah keadilan
7. Perlambangan
Contohnya ; akaun, musim berlumut.
Nilai
1. Nilai amanah dalam menjalankan tugas. Apabila menjalankan tugas, laksanakan dengan penuh amanah.
2. Nilai bertanggungjawab dalam mencari rezeki yang halal.Bertanggungjawablah untuk mencari yang halal.
3. Nilai kegigihan berusaha walaupun mengalami kesusahan. Walaupun kesusahan melanda, kita perlu gigih berusaha mencari rezeki.
4. Nilai simpati terhadap nasib golongan kurang berada.Perasaan ini perlu wujud terhadap golongan kurang berada.
5. Nilai rasional dalam peredaran kehidupan.Untuk menjalani kehidupan, kerasionalan amat diperlukan.
Pengajaran
1. Kita hendaklah amanah semasa menjalankan tugas.
2. Kita hendaklah menjadi seorang bapa yang bertanggungjawab mencari rezeki yang halal.
3. Kita tidak boleh mencari kekayaan dengan menindas orang lain.


BANGKITLAH   -Rejab F.I
Maksud
Rangkap1
Penyajak menyeru anak bangsanya agar sedar daripada terlena dibuai kelalaian. Negara sudah lama merdeka dan semakin maju.
Rangkap2
Negara kita semakin makmur dan bangsa-bangsa asing sibuk merebut kekayaan tanah air. Penyajak tertanya-tanya mengapa anak bangsanya masih leka.
Rangkap3
Penyajak menyeru anak bangsanya supaya bangkit dari lena agar mereka tidak menyesal. Kekayaan hasil bumi negara semakin berkurangan dek pembangunan.
Rangkap4
Penyajak berasa risau akan masa depan bangsanya yang mungkis terus ketinggalan dan hidup dalam kesusahan. Beliau tidak mahu bangsanya berputih mata.
Rangkap5
Jikalau bangsanya tidak mahu perkara itu berlaku, mereka perlu bangkit dan berusaha. Masih ada waktu dan kesempatan mereka untuk maju dan mengejar arus pembangunan.
Tema
Kesedaran anak bangsa perlu untuk bangkit daripada leka dalam mengejar arus pembangunan selepas kemerdekaan. Mereka harus merebut kemakmuran negara agar tidak menyesal.
Persoalan
1. Persoalan kepentingan mengejar arus pembangunan.Arus pembangunan perlu disedari dan diikuti oleh anak-anak.
2. Persoalan kemajuan dan pembangunan negara tidak akan menunggu sesiapa yang leka.Kemajuan dan pembangunan negara tidak akan menunggu sesiapapun.
3. Persoalan sumber bumi dan khazanah negara semakin berkurangan.Hal ini perlu disedari oleh semua orang.
4. Persoalan masa depan anak bangsa yang masih leka. Kelekaan anak bangsa merunsingkan penyajak tentang masa depan mereka.
Bentuk
1.Bebas
2.Terdapat5rangkap
3. Rima akhir baris-baris ayat
 Rangkap 1 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya abcd.·
 Rangkap 2 terdapat 4 baris ayat. Rimanya abbbc·
 Rangkap 3 terdapat 5 baris ayat. Rima akhirnya abccd·
 Rangkap 4 terdapat 5 baris ayat. Rima akhirnya abcde·
 Rangkap 5 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya abcd·
Nada
Patriotik
Gaya Bahasa
1.Ayatnya pendek-pendek
Contohnya : bangkitlah
2. Diksi – mudah difahami dan puitis
Contohnya : Anak-anak yang sedang lena
3. Aliterasi – perulangan konsonan’n’
Contohnya : burung-burung berterbangan di udara
4. Asonansi – perulangan vokal ’a’
Contohnya: : Anak-anak yang sedang lena
5. Sinkope
Contohnya; kau
6. Perlambangan
Contohnya ; anak-anak, matahari, puncak gunung, madu bumi, perut belantara
7. Personifikasi
Contohnya : burung-burung belum menjamah awan.
Nilai
1. Nilai kegigihan.. Kegigihan diperlukan untuk mengejar kekayaan..
2. Nilai kerjasama ..Semangat ini diperlukan untuk merebut peluang yang ada.
3. Nilai kerajinan. Kerajinan diperlukan untuk memajukan diri.
Pengajaran
1. Kita tidak boleh leka walaupun telah merdeka.
2. Kita perlulah merebut peluang yang ada.
3. Kita perlulah bersaing dengan bangsa lain untuk maju.
4. Kita janganlah leka kerana kelekaan menyebabkan kita menderita dan terus dihimpit kemiskinan



Di Bawah Langit Yang Sama
(Lim Swee Tin)

Maksud
Rangkap1
Penyajak menggambarkan bahawa walau di manapun kita berada, kita menghirup udara yang sama dan berada di bumi ciptaan Tuhan. Taraf manusia pun sama.
Rangkap2
Penyajak kagum akan gerimis di kota London dan terpesona dengan tiupan bayu dingin di Washington. Namun aneka warna tumbuh-tumbuhan tetap serupa. Tempat-tempat lain yang mempunyai keisimewaan tersendiri juga didiami oleh manusia.
Rangkap3
Penyajak ingin menjelajah ke seluruh pelosok dunia untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan berkongsi impian yang sama iaitu melihat keamanan dan keharmonian dunia. Beliau ingin melihat dunia bersama-sama bagi memperjuangkan keamanan.
Rangkap4
Penyajak mendapati manusia sering dipisahkan oleh sempadan negara dan untuk memasuki negara tersebut perlu ada dokumen rasmi seperti pasport dan visa. Penyajak menyeru rakyat di dunia agar sama-sama berjuang mencapai keamanan dunia serta mengikis rasa benci dan dendam .

Tema
Kesamatarafan manusia walau di mana-mana mereka berada. Walaupun manusia itu berada dan dipisahkan oleh sempadan, mereka setaraf dan mengimpikan kehidupan yang aman dan harmoni.

Persoalan
1. Persoalan keindahan alam semula jadi di sesuatu tempat. Setiap tempat mempunyai keindahan alam semulajadi yang tersendiri.
2. Persoalan harapan dan impian manusia sejagat untuk kehidupan yang aman dan harmoni.Setiap orang mempunyai impian dan harapan untuk kehidupan yang aman dan harmoni.
3. Persoalan garis sempadan seringkali memisah dan membezakan manusia.Manusia dipisahkan oleh faktor geografi.
4. Persoalan kepentingan nilai hormat dan menghormati antara manusia. Nilai ini penting dalam kehidupan.

Bentuk
1. Bebas
2. Terdapat 4 rangkap dalam sajak ini.
3. Rima akhir baris-baris ayat
 Rangkap 1 terdapat 6 baris ayat. Rima akhirnya aabbaa.
 Rangkap 2 terdapat 7 baris ayat. Rimanya aabbbca
 Rangkap 3 terdapat 8 baris ayat. Rima akhirnya abcabbbb
 Rangkap 4 terdapat 9 baris ayat. Rima akhirnya aabbbcdeb

Nada
Sinis


Gaya Bahasa
1. Ayatnya pendek-pendek
Contohnya : Di bawah langitnya
2. Diksi – mudah difahami dan puitis
Contohnya: Aku suka gerimis di Kota London.
3. Kata pinjaman bahasa Inggeris
Contohnya :i visa, pasport,
4. Aliterasi – perulangan konsonan’n’
Contohnya : : pohon-pohon hijau atau aneka warna
5. Asonansi – perulangan vokal ’i’
Contohnya : berkongsi siang miliki malam
6. Sinkope
Contohnya : mu, ku
7. Perulangan
. Contohnya Di bawah langit ini.
8. kata ganda
. Contohnya : pohon-pohon, peta-peta

Nilai
1. Nilai menghargai keindahan alam. Keindahan alam perlu dihargai.
2. Nilai hormat- menghormati sesama manusia. Nilai ini penting dalam kehidupan seharian.
3. Nilai bertoleransi antara masyarakat. Toleransi penting dalam kehidupan bermasyarakat.
4. Nilai bekerjasama dalam menjayakan sesuatu.Kerjasama penting untuk menjayakan sesuatu.

Pengajaran
1. Kita mestilah menganggap manusia sebenarnya sama taraf walau di manapun mereka berada.
2. Kita mestilah menganggap setiap tempat mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.
3. Kita hendaklah sedar bahawa manusia seringkali dipisah dan dibezakan oleh sempadan waktu dan tempat
4. Kita mestilah mewujudkan hubungan harmoni sesama negara dan rakyatnya.
5. Kita hendaklah mengimpikan kehidupan yang lebih baik dan harmoni





Arkitek Kota
(SN Muhammad Hj Salleh)

Rangkap 1
Kawasan kota sepatutnya dibangunkan oleh golongan yang benar-benar bertanggungjawab. Mereka merupakan golongan yang arif dan banyak pengetahuan tentang selok belok dan keadaan serta keperluan semasa kota yang hendak dibangunkan.
Rangkap 2
Hal ini demikian kerana, mereka merupakan penghuni yang mendiaminya. Banyak kajian dibuat dan mengambil kira pandangan dan kepentingan pelbagai pihak yang menghuni kota tersebut.
Rangkap 3
Perancang kota juga seharusnya seorang yang mencintai alam sekitar. Kehidupan flora dan fauna perlu dipelihara. Keindahan alam semula jadi perlu dipertahankan malah perlu diperindah dengan landskap yang mempesona.
Rangkap 4
Orang yang membina kota merupakan generasi muda yang bukan sahaja luas ilmu pengetahuannya malah sarat dengan idea-idea yang bernas.
Keperluan pengetahuan dan pengalaman dalam melaksanakan pembangunan di kota.

Persoalan 
1. Persoalan keprihatinan penting dalam memahami sesuatu keadaan.Nilai ini penting supaya sesuatu keadaan dapat difahami.
2. Persoalan pembangunan kota perlu dilihat daripada pelbagai aspek. Pembangunan kota perlu dilihat menerusi pelbagai sudut.
3. Persoalan kepentingan menjaga alam sekitar.Alam sekitar perlu dijaga.
4. Persoalan generasi muda memiliki pelbagai idea bernas.Golongan ini mempunyai idea-idea baru yang bernas.

Bentuk 
1. Bentuk bebas
2. Jumlah rangkap - 4 rangkap
- Rangkap 1 - 7 baris ayat
- Rangkap 2 - 6 baris ayat
- Rangkap 3 - 5 baris ayat
- Rangkap 4 - 2 baris ayat
3. Rima akhir setiap rangkap
- Rangkap 1 – abacdea
- Rangkap 2 – aabcdd
- Rangkap 3 – abcad
- Rangkap 4 – ab

Nada
Sinis

Gaya Bahasa
1. Ayatnya pendek-pendek
Contohnya : perasaan musim
2. Diksi – mudah difahami
Contohnya : pemerhati tasik
3. Aliterasi – perulangan konsonan’p’
Contohnya : perenung di perpustakaan
4. Asonansi – perulangan vokal ’i’
Contohnya : fiil langit dan sabar bumi
5. Kata ganda
Contohnya : berbagai-bagai
6. Metafora
Contohnya : jiwa laut,diam batu, perasaan musim
7. Perlambangan
Contohnya ; pengadil, pemancing, pengawas, pendekar

Nilai
1. Nilai cintakan alam sekitar. Alam sekitar perlu disayangi.
2. Nilai bertoleransi. Nilai ini penting dalam menjalani kehidupan seharian.terutama di kota.
3. Nilai bertanggungjawab Bertanggungjawab menjaga keindahan alam sekitar. .
4. Nilai bijaksana dalam membuat keputusan Kebijaksanaan penting apabila membuat keputusan.
5. Nilai rasional dalam semua aspek.Kerasionalan penting dalam semua aspek.

Pengajaran
1. Kita hendaklah mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas semasa merancang pembangunan.
2. Kita hendaklah mengambil kira kepentingan rakyat ketika membangunkan negara..
3. Kita perlulah membuat pertimbangan yang bijaksana sebelum membuat keputusan.
4. Kita hendaklah memikirkan bencana alam yang mungkin timbul akibat pembangunan kota..
5. Kita hendaklah menjadi perancang yang baik yang mempunyai pelbagai idea bernas dan alternatif.





No comments:

Post a Comment