Tuesday, December 28, 2010

Dirgahayu Bahasaku ( drama )

Drama Tiang Cengal Dinding Sayung
(Suriani Mohd Yusof)

Sinopsis
Mak Jimah isteri Pak Jumaat menghadapi kesedihan apabila Pak Jumaat didapati hilang semasa kejadian ombak tsunami di Kedah. Anak-anak Jimah iaitu Sabri, Shahrul, Sabriah dan Salmah, manakala Sani anak angkatnya cuba menenangkan perasaan Jimah agar sabar dengan takdir Tuhan. Shahrul meminta pertolongan Sani agar menyatakan hasratnya pulang ke Kuala Lumpur kepada emaknya kerana telah tamat cuti, sebaliknya Sani meminta Shahrul sendiri memberitahunya. Sabriah yang panas baran baru balik dari London menyalahkan bapaknya (Jumaat) yang terus turun ke laut untuk menangkap ikan. Sebenarnya dia telah mengirim wang kepada ibu bapanya supaya mereka tidak perlu bekerja. Sikapnya ditegur oleh Pak Man jiran mereka yang tidak memahami Jimah. Salmah merupakan anak Jimah yang baru balik dengan pakaian seksi dimarahi Sabriah supaya menukar pakaian sebelum berjumpa emaknya. Berlaku pertengkaran antara Sabri dan Sabriah untuk menyerahkan tugas menjaga emak mereka. Sikap mereka ditegur Pak Man. Sikap anak-anaknya menyebabkan Jimah menyerahkan kembali buku bank hasil pemberian mereka. Sabriah memarahi Jimah yang masih berharap bapa mereka akan selamat. Dalam keadaan kecoh itu Wahid dan Senin mengambil kesempatan untuk menipu serta mencuri barangan mangsa tsunami.
Akhirnya Jumaat dijumpai dan dikhabarkan oleh Man Bengap serta menyatakan Sani sahaja diminta menemani Jimah menjemput Jumaat di balai polis. Walau bagaimanapun, atas sikap bertolak ansur Sani maka mereka sama-sama menjemput Jumaat. Sabriah, Salmah, Shahrul memohon maaf kepada Jimah. Pak Man dan Mak Jah terharu dengan peristiwa itu. Atas pengajaran peristiwa yang menimpa Mak Jah, maka Pak Man berfikir bahawa dia harus bersyukur mempunyai Man Bengap walaupun hanya sebagai cucu angkat tetapi dapat menghiburkannya terutama dalam masa dia dan isterinya sunyi.


Pemikiran
Kesetiaan isteri dan kasih sayang isteri dan anak-anak terhadap ketua keluarga (suami/bapa) serta kepincangan sikap anak-anak dalam menjalankan tanggungjawab mereka sebagai anak-anak.


Persoalan
1. Persoalan kasih sayang isteri kepada suami yang tidak berbelah bagi.
2. Persoalan sikap hormat menghormati antara ahli keluarga.
3. Persoalan simpati atas nasib malang yang menimpa seseorang.
4. Persoalan jujur dan amanah dalam menyampaikan maklumat.
5. Persoalan sikap sabar dan tabah dalam menghadapi dugaan dan cabaran hidup.
6. Persoalan kepincangan masyarakat yang mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain.


Plot
Secara keseluruhan drama ini disusun mengikut kronologi iaitu mengikut urutan cerita bermula dengan permulaan dan diakhiri dengan peleraian.
Pembinaan Plot
Secara keseluruhan drama ini digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu;

(i) Permulaan
- Dialog Pak Man dengan Sani yang bertanya khabar dan menyatakan simpati atas nasib keluarga Jimah yang kehilangan Pak Jumaat semasa kejadian tsunami.·

(ii) Perkembangan
 -Nasihat Pak Man terhadap nasib Sani walaupun sebagai anak angkat dalam keluarga Mak Jimah tetapi telah dibesarkan dengan mendapat pendidikan yang sempurna.·
- Berlaku pertengkaran antara Shahrul dan Sani mengenai sikap Shahrul yang mementingkan kerjayanya dan hendak pulang ke kuala Lumpur walaupun bapa mereka belum ditemui lagi.·

(iii) Konflik
 -Arahan Shahrul agar Sani menasihati Jimah (ibu mereka) agar menerima kenyataan bahawa bapa mereka telah meninggal di laut semasa kejadian tsunami.·
 -Sabriah yang tidak puas hati atas sikap bapanya yang terus turun ke laut walaupun dia telah mengirimkan wang kepada bapanya untuk menyara kehidupan mereka.·
- Mak Jah menyatakan perasaannya yang mengambil berat terhadap anak-anak Jimah kepada Sani dan dia menganggap mereka sebagai anak-anaknya juga.
 Sabriah menyindir sikap Sani yang hanya sebagai anak angkat menumpang kehidupan mereka.·
 -Jimah memahami sikap anak-anaknya terutama Sabriah yang hanya mementingkan kerjaya dan diri sendiri sahaja.·

(iv) Klimaks
- Jimah memulangkan wang anak-anaknya yang disimpan di dalam bank dan meminta mereka pulang ke tempat masing-masing walaupun Pak Jumaat belum ditemui.·

(v) Peleraian
- Jumaat dijumpai terselamat dalam kejadian tsunami. Dengan penemui itu memberi banyak kesedaran kepada anak-anak Jimah bagi memohon maaf atas kesalahan masing-masing. Jimah meminta anak-anaknya juga memohon maaf daripada Sani yang banyak dihina oleh mereka. Pak Man bersyukur dengan situasi yang ceria itu dan dia juga bersyukur dikurniakan cucu angkat seperti Man Bengap.·


Teknik Plot / Teknik Penceritaan
1. Pemerian
 Dia budak lurus. Putih, putihla yang dia kata. Kalau hitam, hitamlah yang dia kata. Dia manusia yang tidak ada kepentingan langsung…(ms 439)·
2. Suspens
 Man: Orang sudah jumpa tuk, sudah jumpa dah.·
3. Kejutan
 … Kita ni sibuk dengan kerja, dengan laki, dengan bini, dengan perniagaan. Beginilah, kalau sudah semua tidak mahu, kita hantar ke rumah welfare. Mahu? (ms 434)·



Watak dan Perwatakan
Watak Utama
1. Jimah
- Isteri Jumaat, berusia 55 tahun·
 -Seorang yang setia, penyayang dan bertanggungjawab. Setiap hari Jimah ke tepi pantai menanti kepulangan suaminya yang hilang di tengah laut.·
 -Sabar dengan dugaan dengan berdoa. Jimah sentiasa berfikir dan berdoa pada Tuhan sejak kejadian suaminya hilang di laut.·

2. Sani
- Anak angkat Jimah – seorang doktor dan telah beristeri·
 -Seorang yang bertanggungjawab dan sabar. Sangat mengambil berat akan emaknya terutama ketika bapanya hilang di laut.·

3. Sabri
- Anak sulung Jimah·
 -Mengetuai ahli keluarga·
 -Penyabar. Sabri mahu semua adik beradiknya memujuk emaknya selagi mayat bapa mereka tidak dijumpai.·

4. Sabariah
- Graduan ekonomi bekerja di London·
 -Panas baran, anak kedua dalam keluarga. Dia menyalahkan bapanya kerana tidak berhenti pergi ke laut walaupun wang belanja bulanan dikirim setiap bulan.·
- Tidak sukakan Sani. Sabariah memarahi kepada Sani supaya tidak memandai-mandai dan berdolak dalik tentang soal kematian. Dia juga menginggatkan bahawa Sani bukanlah ahli keluarga mereka.·

5. Shahrul
- Anak ketiga dalam keluarga·
 -Seorang akauntan di Kuala Lumpur·
- Mementingkan kerjayanya. Shahrul hendak balik ke Kuala Lumpur walaupun mayat bapanya belum dijumpai.·
- Berselisih faham dengan Sani. Shahrul sindir menyindir dengan Sani ketika dia pulang ke rumah emaknya.·

6. Salmah
 -Seorang pereka fesyen·
 -Seorang yang mengikut fesyen terkini. Salmah pulang ke rumah dengan hanya memakai skirt.·
 -Lebih mementingkan kerjayanya. Salmah lewat pulang ke kampung atas urusan pekerjaan.·

7. Wan Malin
 -Isteri Sani·
 -Banyak membantu Sani menjaga Jimah. Wan Malin berjanji dengan Jimah akan bersama-sama mentuanya itu menunggu bapa mentuanya sehingga pulang.·

8. Man Bengap
- Pemuda kurang akal tetapi lurus bendul. Dia menyebut mayat untuk bangkai ikan dugong sehingga menyebabkan Pak man ketawa.·
- Cucu angkat Pak Man·

9. Pak Man
- Jiran Jimah yang prihatin dengan kelurga Jimah. Pak Man menyuruh isterinya Mak Jah memujuk Jimah yang begitu sedih dengan kehilangan suaminya. Beliau bimbang akan kesihatan Jimah yang setiap hari pulang lewat malam dari pantai.·
 -Banyak memberi nasihat kepada anak-anak Jimah. Pak Man menasihati anak-anak Jimah supaya bertanggungjawab apabila musibah menimpa ketua keluarga.·

10. Mak Jah
 -Isteri Pak Man·
 -Seorang yang penyayang. Mak Jah sanggup bersama-sam keluarga Jimah menenangkan mereka ketika mereka bersedih kehilangan bapa mereka di laut.·

11. Wahid dan Senin
- Penjahat yang mengambil kesempatan. Mereka berpura-pura ditugaskan membanci kerugian yang di hadapi mangsa Tsunami.·
- Mencuri harta mangsa tsunami. Mereka hendak mencuri barang di rumah Jumaat semasa ketiadaan orang di rumah tersebut.·


Latar
Latar masa

- Siang, tepi pantai berhampiran dengan sebuah perahu yang telah rosak·
- Pagi, semasa Man mencuci kereta Abang Sabri·
- Senja di rumah Jimah·

Latar tempat
 -Tepi pantai, Jimah berdiri di gigi air sambil memandang ke tengah laut·
 -Rumah Jimah semasa Sabariah memarahi Salmah.·
 -Anak tangga rumah Jimah semasa Sabariah duduk termenung memikirkan nasib emaknya·

Latar masyarakat
- Masyarakat penyayang iaitu menyayangi anak-anak contohnya sikap Jimah dan Jumaat yang tidak mahu menyusahkan anak-anak mereka dalam mencari rezeki pada usia emas.·
- Masyarakat yang prihatin dalam memberi bantuan, misalnya Pak Man yang datang menziarahi keluarga Jimah semasa kehilangan Jumaat.·
 -Masyarakat yang berpendidikan, misalnya anak-anak Jimah yang berjaya dengan kerjaya masing-masing, Salmah sebagai pereka fesyen, Sani sebagai doktor, Shahrul sebagai akauntan.·
 -Masyarakat yang mementingkan kerjaya misalnya Shahrul yang ingin kembali ke Kuala Lumpur setelah tamat cutinya.·
 -Masyarakat yang menghormati orang yang lebih tua misalnya Sani dan Wan Malini yang menghormati Jimah dan Jumaat.·

Gaya Bahasa
1. Diksi
 Kata pinjaman bahasa Inggeris (survey, HQ)·
2. Falsafah
 Daun dapat dilayang, getah jatuh ke perdu juga·
3. Simile
 .. air matanya itu macam anak air mengalir·
4. Metafora
 Ombak susu, gigi ombak·
5. Repetisi
 Putih, putihlah yang dia kata kalau hitam, hitamlah·


Nilai

1. Nilai kasih sayang kepada suami. Jimah menangisi kehilangan suaminya berterusan.
2. Nilai kesetiaan seorang isteri kepada suami. Misalnya Jimah tetap setia menanti suaminya yang hilang.
3. Nilai hormat-menghormati orang yang lebih tua. Misalnya Sani tetap menghormati Sabariah walaupun kerap dimarahinya.
4. Nilai nasihat-menasihati. Pak Man menasihati Sabariah supaya tidak menghina Sani anak angkat emaknya.
5. Nilai tanggungjawab anak-anak kepada ibu bapa. Misalnya Sani dan Wan Malini terus menjaga Jimah dan Jumaat setiap hari.


Pengajaran
1. Kita hendaklah menjalankan tanggungjawab dengan sebaik memberi pendidikan kepada anak-anaknya. Contohnya Pak Jumaat dan Mak Jah memberi pendidikan kepada anak-anaknya sehingga ke universiti.
2. Kita hendaklah mengenang jasa ibu bapa yang telah membesarkan kita. Misalnya menyayangi mereka sepenuh hati walaupun dibesarkan oleh keluarga angkat sahaja.
3. Kita perlu menyesal dan insaf terhadap kelemahan kita. Contohnya Sabariah insaf atas kesilapannya yang tidak dapat meluangkan masa dengan ibu bapanya.
4. Kita perlu bertsyukur dengan apa-apa yang kita miliki, misalnya Man Bengap bersyukur dengan kehidupannya yang serba kekurangan.
5. Kita perlu menjaga hubungan yang baik dalam keluarga.
6. Kita perlu berjimat cermat dalam berbelanja. Misalnya Pak Jumaat menyimpan duit yang dikirim oleh anak-anaknya.





Drama 1400
(Nordin Hassan)

Sinopsis


Dollah yang capik menyuarakan rasa tidak puas hati atas sikap masyarakat yang menolaknya disebabkan harta dan kecacatannya. Dia berazam untuk menjadi kaya dan mengubah pendirian orang kampung.

Dollah bertemu dukun dengan menggunakan azimat daripada mayat ibunya. Hasil pertolongan dukun Dollah mendapat harta karun dengan pertolongan Jin. Dollah bertukar corak dengan memakai kaki palsu dan pakaian mahal serta mempunyai pembantu bernama Doli.

Pada peringkat awal peminangannya ditolak. Walaupun begitu dengan kekayaanya Dollah telah membina empayar yang luas dengan membeli tanah orang kampung. Dollah juga telah berkahwin dengan Intan Siti Rahimah yang beriman dan baik perangainya. Sikap Intan Siti Rahimah itu menyebabkan dia disayangi oleh orang surau dan orang kampung. Sebaliknya Dollah dibenci orang kampung kerana Dollah menindas orang kampung dan memelihara kuda yang banyak serta mengotorkan sungai dengan najis kuda yang menjadi sumber air penduduk kampung. Akibat pencemaran tersebut, penyakit merebak dan ramai penduduk kampung yang menggunakan air sungai yang tercemar itu mendapat zuriat yang cacat.
Dollah suka berburu, dia gembira dengan kehamilan isterinya dan meminta Intan Siti Rahimah makan makanan yang baik sahaja dan tidak mengambil makanan dari kampung tersebut.

Apabila anaknya lahir, anak itu cacat. Anak tersebut dibuang dan isterinya dihalau. Dollah telah bertemu dengan mayat ibunya yang minta dia bertaubat. Akhirnya semua harta kekayaannya hilang dan balik kepada keadaan asal.
Dollah bertemu semula dengan isterinya di kampung lain yang memperjuangkan Islam. Akhirnya Dollah hilang di laut dan Siti Rahimah mendoakan keselamatannya.

Pemikiran

Kekayaan mengubah sikap manusia ke arah kemungkaran dan menindas golongan yang lemah. Dollah seorang pemuda yang asalnya miskin dan capik. Dia dipandang hina oleh masyarakat . justeru dia berazam untuk menjadi kaya. Malangnya setelah hajatnya untuk menjadi kaya termakbul, sikap Dollah terus berubah. Dia sering menindas orang kampung. Dollah langsung tidak mempedulikan akibat pencemaran sumber air penduduk kampung yang berpunca dari najis kuda yang dipeliharanya. Dia juga tidak membenarkan isterinya bergaul dengan golongan susah. Dollah lupa daratan.

Persoalan

1. Persoalan kepincangan masyarakat memilih kepada orang yang berharta
2. Persoalan keimanan yang kukuh menjadi panduan pada kebaikan
3. Persoalan pencemaran sungai memberi kesan yang buruk kepada pengguna dan membawa penyakit
4. Persoalan penindasan kepada golongan yang lemah
5. Persoalan penipuan kepada orang yang kurang berilmu

Plot

Secara keseluruhannya, plot ini digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu:

(i) Permulaan

 Memperkenalakan watak Dollah yang tempang, tiada berharta tetapi baik budi bahasa serta suka membantu. Dollah sering ditindas atas kelemahan dirinya menyebabkan dia ingin menjadi kaya. Nasihat Soud kepada Dollah supaya ikhlas membantu dan jangan mencari rezeki haram.·

(ii) Perkembangan

 Dollah bertemu bomoh yang membantunya menggunakan azimat mayat ibunya bagi mendapatkan harta karun. Dollah berubah menjadi kaya dan berperwatakan orang yang mewah.·

(iii) Konflik

 Pinangannya ditolak pada peringkat permulaan walaupun Dollah sudah kaya.·
 Dollah mengambil tanah orang kampung dan memelihara kuda yang mencemar
·
sungai dan membawa penyakit kepada penduduk kampung.
 Dollah disondol binatang ganjil dan Siti Rahimah melahirkan anak cacat lalu
·
dibuang.

(iv) Klimaks

 Dollah hilang kekayaan dan harta benda dan pertemuan dengan mayat ibunya yang meminta dia bertaubat atas segala perbuatan syiriknya.·

(v) Peleraian

 Dollah insaf dengan kesalahan dan kembali beriman dengan bantuan Siti Rahimah yang ditemui semula di kampung lain. Walau bagaimanapun Dollah hilang di laut.·

Teknik Plot / Teknik Penceritaan

1. Kejutan

 Dollah bertemu dengan mayat ibunya·
 Siti Rahimah melahirkan anak yang cacat dan hodoh
·

2. Suspens
 Dollah disondol binatang ganjil
·

3. Pemerian
 Manusiakah? Jinkah? Jembangkah! Apa dia! Kepalanya besar, telinganya panjang, matanya halus, berbulu di sana, berbulu di sini, tabik-tabik cakap ...
·

4. Imbas Kembali
 Dollah: Imah pernah tak ke tepi laut?
·
Siti Rahimah: Pernah, tapi lewat petang saja, apabila matahari hampir terbenam, sebelum maghrib. Waktu itu angin kerap kali sayu dan laut beranak ombak di gigi air. Pantai tak jauh.

5. Monolog
 Dollah: (Agak kehilangan akal pada mulanya, tetapi tiba-tiba dia berkata) Ya Allah, ampunlah dosaku. Berilah aku rahmat-Mu.
·

Watak dan Perwatakan 

1. Dollah

 -Capik, miskin dan dihina masyarakat
·
 -Seorang yang bertukar haluan apabila mempunyai kekayaan. Dollah sudah tidak mengambil berat tentang solat setelah dia menjadi kaya.
·
 -Seorang yang menindas orang lemah. Dollah tidak membenark
an isterinya membantu orang-orang kampung mengajar anak-anak jirannya yang susah..
 -Seorang yang sombong apabila mempunyai kekayaan. Dollah marah apabila semua pinangannya ditolak walaupun dia mempunyai harta yang banyak.
·

2. Intan Siti Rahimah

- Isteri Dollah·
- Perempuan yang cantik
·
- Beriman dan baik tingkah laku disukai oleh semua orang. Intan Siti Rahimah menerima jemputan ke surau daripada isteri dan ibu-ibu pekerja mereka.·

3. Abu Lahab

 -Broker tanah·
 -Menipu orang kampung menjual tanah mereka untuk mengaut keuntungan. Abu Lahab hampir-hampir dikenakan hukuman ditanam hidup-hidup kerana menipu orang-orang kampung.
·

4. Pak Sudin

 -Pekerja Dollah yang setia kepadanya. Pak Sudin terlalu setia kepada Dollah sehingga dianggap sebagai tali barut Tuan Dollah.·

Latar 

1. Latar masa

 -Lewat petang (sebelum Maghrib) Siti Rahimah pergi ke tepi laut·
 -Minggu depan – Intan Siti Rahimah pergi mengajar anak-anak orang kampung di surau
·
 -Petang – di surau, Dollah berbual dengan Pak Long
·

2. Latar tempat

 -Kampung Kuala dan Kampung Kenanga – tempat Dollah membeli tanah dan memelihara kuda-kuda·
 -Sungai Nenek–airnya yang jernih telah tercemar dan dipanggil Sungai Kuda
·
 -Surau – tempat Intan Siti Rahimah mengajar anak-anak orang kampung mengaji
·
 -Di rumah pawang – Dollah meminta pertolongan mendapat azimat untuk menjadi kaya
·

3. Latar masyarakat

 -Masyarakat yang mementingkan harta benda. Abu Lahab sanggup menipu orang kampung demi mengumpul harta kekayaan.·
 -Masyarakat yang sombong dengan kekayaan / kuasa. Dollah bangga dan sombong dengan kekayaan yang dimiliki .
·
 -Masyarakat yang beriman dan taat pada perintah Tuhan. Maulana mengingatkan Dollah supaya menjadikan Al-Quran sebagai petunjuk.
·
 -Masyarakat yang mementingkan diri . Dollah tidak membenarkan isterinya Intan Siti Rahimah membantu bergaul dengan orang susah.
·
 -Masyarakat yang saling membantu. Intan Siti Rahimah ingin membantu keluarga pekerja Dollah yang susah dengan mengajar anak-anak mereka.
·

Gaya Bahasa

1. Simpulan Bahasa
 Besar hati, naik kepala, duri dalam daging
·

2. Repetisi
 Mereka, merekalah…
·
 Cakap, cakap, cakap, cakap ...
·

3. Personifikasi
 Kambing-kambing tersenyum
·

4. Kata Pinjaman
 Bahasa Inggeris·
Order, secret,you, I
 Bahasa Arab
·
Fajar, sidik, hijrah

Nilai

1. Nilai kesabaran
Contoh:
 Soud meminta Dollah agar bersabar dengan hinaan orang kampung.
·

2. Nilai tolong-menolong
Contoh:
 Intan Siti Rahimah menolong anak orang kampung mengajar mengaji.
·

3. Nilai menghargai barangan tempatan
Contoh:
 Dollah yang tidak menggunakan batu mamar dari Langkawi untuk membuat rumah sebaliknya memilih batu mamar dari Itali.
·

4. Nilai kasih sayang antara suami isteri
Contoh:
 Tuan Dollah menjaga isterinya yang sedang mengandung dengan baik.
·

5. Nilai ketaatan
Contoh:
 Intan Siti Rahimah mendengar arahannya suaminya iaitu Dollah semasa mengandung.
·

Pengajaran 

1. Kita hendaklah mencari rezeki atau harta yang halal. Abu Lahab mengumpul harta dengan menipu orang kampung dan akhirnya mereka telah dimasukkan dalam tahanan.

2. Kita janganlah menindas golongan yang lemah atau miskin. Dollah dihina oleh masyarakat kampung sehingga tidak ada orang yang mahu menerima pinangannya kerana dia capik dan miskin.

3. Kita perlu menjaga keindahan alam sekitar.Dollah mencemarkan sungai dengan najis-najis kuda yang dipeliharanya.

4. Kita hendaklah taat dan menunaikan perintah Allah. Maulana mengingatkan Dollah supaya mentaati Allah dan bukannya menurut nafsu.

5. Kita hendaklah insaf dan bertaubat atas segala kesalahan yang telah kita lakukan. Abu Lahab dan isterinya insaf atas perbuatan mereka menipu orang kampung. Mereka berjanji akan memulangkan harta orang kampung semula.






                                               Dato’ Onn
(Othman Hj Zainudin)

 Sinopsis
Drama ini mengisahkan sejarah hidup Dato’ Onn yang berjuang menentang penjajahan dan menuntut kemerdakaan sehinggalah ke akhir hayatnya. Selepas kematian isteri, Dato’ Onn berkahwin dengan anak panggung iaitu Cik Kah tetapi jodoh mereka tidak panjang. Dato’ Onn mengahwini Halimah, balu adiknya. Dato’ Onn dipecat dari jawatan pemungut cukai kerana menentang keras dasar penjajah Inggeris yang ingin memungut cukai. Rumah dan tanah keluarganya dirampas. Mereka sekeluarga berhijrah ke Singapura.
Di sana Dato Onn dan Syed Hussien Alsagoff menerbit Akhbar Warta Malaya untuk menyatakan pendapat, membentuk fikiran rakyat dan menentang Inggeris secara halus. Rakyat Tanah Melayu mula sedar dan bangun menentang Inggeris bersama-sama Dato Onn. Penentangan bertambah kuat apabila ada gagasan untuk mewujudkan Malayan Union.
Kemudian Jepun menyerang Tanah Melayu dan Inggeris melarikan diri. Selepas Jepun menyerah kalah, berlaku huru-hara apabila MPAJA cuba mengambil alih pemerintahan secara kekerasan. Banyak nyawa yang terkorban dan kerugian harta benda yang banyak. Kemudian Dato Onn dilantik menjadi pegawai daerah Muar. Satu pertemuan diatur bersama pemimpin MPAJA dan KMM, ketua kampung, Kiai Salleh dan lain-lain. Masing-masing tidak mahu mengalah. Dato Onn menegah mereka berpecah belah dan menyeru mereka bersatu dan menuntut kemerdekaan tanpa pertumpahan darah.
Pada tahun 1946 dalam Kongres Melayu, UMNO telah lahir untuk memperjuangkan hak orang Melayu. Dato Onn keluar parti lantaran cadangan untuk membuka keahlian kepada semua kaum ditolak. Masih ramai yang menyokong kepimpinannya sehingga namanya tersohor. Tanah Melayu diistiharkan merdeka oleh Tunku Abdul Rahman. Dato’ Onn menghembuskan nafasnya pada usia 67 tahun di Larkin, Johor Bahru.

Pemikiran
Drama ini mengetengahkan pemikiran betapa pentingnya anak watan bangkit menentang sebarang bentuk penjajahan. Drama ini menyorot kisah perjuangan Dato’ Onn menentang penjajah yang menguasai negeri Johor. Walaupun menghadapi pelbagai dugaan berat dan hidup melarat, tidak melunturkan semangat juangnya menentang Inggeris. Penentangan dibuat dengan pelbagai kaedah seperti melalui akhbar, penubuhan parti dan mengadakan permuafakatan dengan matlamat mencapai kemerdekaan tanpa menggunakan kekerasan. Dalam keadaan genting Dato’ Onn tetap bersama anak-anak buahnya. Perjuangan diteruskan melalui penentangan Malayan Union. Walaupun menjadi pengasas UMNO, Dato’ Onn terpaksa keluar parti kerana berlainan pendapat.

Persoalan

1. Persoalan golongan bangsawan yang berjiwa rakyat. Persoalan ini dapat dilihat melalui watak Dato’ Onn yang sanggup hidup susah dan tidak akan meninggalkan anak-anak buahnya dalam keadaan genting sekalipun.
2. Persoalan kepentingan perpaduan dalam kalangan rakyat. Perpaduan amat penting untuk kesepakatan dan mewujudkan sebuah negara yang kukuh dan kuat. Dalam drama ini, rakyat jelata khususnya orang Melayu bersatu padu bersama Dato’ Onn menentang penjajah demi mencapai kemerdekaan. Kesannya Malayan Union dibatalkan.
3. Persoalan pengorbanan seorang pemimpin. Dato’ Onn sanggup dipecat daripada menjadi pemungut cukai lantaran tidak bersetuju dengan dasar penjajah yang menindas rakyat Johor. Rumahnya dilelong oleh Inggeris dan beliau terpaksa berpindah ke Singapura dan menjalani kehidupan getir sebagai seorang nelayan.
4. Persoalan keganasan pihak komunis di Tanah Melayu. Dalam novel ini, pihak komunis sanggup melakukan pelbagai keganasan jika ada pihak yang enggan memberikan kerjasama. Banyak nyawa terkorban dan tidak kurang yang kehilangan harta benda.
5. Persoalan menjaga kepentingan dan maruah keluarga. Demi menyelamatkan keluarganya dan demi menyelamatkan anak-anak adiknya, Dato’ Onn sanggup mengahwini Halimah iaitu balu kepada arwah adiknya, Muhammad. Dia tidak sanggup melihat Halimah dan anak-anaknya yang juga anak saudaranya hidup terbiar dan merempat.
6. Persoalan kesenian bangsa yang pupus ditelan dek kemunculan teknologi terkini. Dalam drama ini, banyak kumpulan bangsawan yang terkubur dengan kemunculan wayang-wayang gambar. Orang ramai tidak mahu lagi menonton pementasan bangsawan. Secara tidak langsung ramai penggiat bangsawan pada ketika itu hilang pekerjaan.
7. Persoalan kezaliman penjajah menindas rakyat jelata. Pihak Inggeris melalui tipu daya berjaya mendapatkan perintah Sultan Johor untuk memungut cukai di negeri ini. Mana-mana rakyat yang gagal menjelaskan cukai akan ditindas. Rumah dan tanah keluarga Dato’Onn di Bukit Senyum turut dirampas kerana kononnya bapanya banyak berhutang dengan kerajaan Johor sedangkan harta benda itu semuanya anugerah Sultan Johor kepada bapa Dato’ Onn.
8. Persoalan akhbar dalam membentuk minda rakyat. Dato’ Onn berjaya membentuk fikiran bangsanya yang jauh ketinggalan melalui akhbar Warta Malaya. Melalui akhbar Warta Malaya, rakyat mula sedar akan kepentingan menentang penjajah dan menuntut kemerdekaan. Akhirnya mereka bangkit menentang Malayan Union.

Plot

Secara keseluruhannya, plot drama ini digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu :
(i) Permulaan
 Pada peringkat ini, watak Dato’ Onn digambarkan sebagai pemimpin orang-orang Melayu yang berasal dari keturunan bangsawan. Beliau seorang yang berpendidikan tinggi dan berjiwa rakyat. Dato’ Onn juga pernah berkahwin dengan perempuan daripada kumpulan bangsawan, tetapi perkahwinan mereka gagal.·
(ii) Perkembangan
 Pada bahagian ini, watak Dato’ Onn sebagai pejuang kemerdekaan tanah air berkembang. Adiknya meninggal dunia dan beliau telah mengahwini balu adiknya Halimah demi menyelamatkan keluarganya. Beliau telah dilantik menjadi pemungut cukai oleh Inggeris tetapi menentangnya dengan keras. Beliau telah dipecat dan hartanya dirampas dengan cara licik. Selepas berhijrah ke Singapura, beliau dan beberapa orang rakan menerbitkan akhbar sendiri untuk menyuarakan penentangan dan menyedarkan bangsanya. Banyak pihak bangkit menentang Inggeris apabila ada ura-ura akan diwujudkan gagasan Malayan Union. Keadaaan tanah air menjadi huru-hara semasa penjajahan Jepun dan Komunis. Dato’ Onn tetap berusaha menyatupadukan rakyat jelata untuk mendapatkan kemerdekaan tanpa menggunakan kekerasan.·
(iii) Konflik
 Perkahwinan Dato’ Onn tidak mendapat restu keluarga dan akhirnya terpaksa berpisah.·
 Dato’ Onn menentang sekeras-kerasnya tindakan Inggeris untuk memungut cukai di negeri itu. Akhirnya dia dipecat daripada tugasnya sebagai pemungut cukai. Tanah dan rumah keluarganya dirampas.
·
 MPAJA dan orang-orang di bawah pimpinan Kiai Salleh berperang. MPAJA bertindak zalim dengan membunuh dan membakar kampung. Orang-orang Kiai Salleh bertindak balas. Huru-hara berlaku.
·
 MPAJA berkonflik dengan pemimpin KMM tentang isu hak sama rata antara orang-orang Melayu dan bukan Melayu selepas merdeka.
·
 Dato’ Onn tidak bersetuju dengan pendapat pemimpin KMM Burhanuddin dan Ahmad Boestamam yang ingin mengangkat senjata dan menyertai MPAJA menentang Inggeris untuk menuntut kemerdekaan.
·
(iv) Klimaks
 Dato’ Onn menubuhkan UMNO untuk memperjuangkan nasib orang Melayu yang jauh ketinggalan.·
(v) Peleraian
 Oleh sebab dasar yang diperkenalkan dalam UMNO tidak dipersetujui banyak pihak, Dato’ Onn meninggalkan UMNO. Sebelum ajalnya, Dato’ Onn sempat mendengar berita kemerdekaan tanah air.·


Teknik Plot / Teknik Penceritaan
1. Pemerian
 Dato Onn Jaafar, nama yang menghias setiap bibir bangsa Melayu, nama yang harum bermadu menjadi penawar keresahan dan kesengsaraan hidup di bawah penjajahan…·
2. Imbas Kembali
 Tapi, semalam dia sihat walafiat. Kawan tengok dia macam biasa. Tak Nampak pun tanda-tanda dia sakit. Oh Muhammad adikku…·
3. Dialog
 Onn: “Apakah ertinya ini? Inggeris ingin merampas tanah saya di Bukit Senyum·


 Watak dan Perwatakan
1. Dato’ Onn b Jaafar
 -seorang reformis dan pemimpin Melayu yang terulung·
 -Menteri Besar·
 -Pengasas kemerdekaan·
 -Seorang yang bertanggungjawab. Dato’Onn b Jaafar tidak melepaskan adik iparnya Halimah keluar dari rumah membawa anak-anaknya setelah kematian suaminya kerana mereka kerabat dan darah daging beliau.·
 -Seorang yang berani. Beliau senggup menegur Tuan Campbell yang menekan pegawai-pegawai Melayu dengan sikapnya yang bakhil.·

Watak Sampingan
2. Halimah
 -isteri Dato Onn·
 -seorang yang tegas, rajin berusaha. Halimah membantu Dato’ Onn mancari nafkah dengan menjual kuih selepas Dato’ Onn diberhentikan kerja.·

Watak dan Perwatakan
3. Cik Kah
 -seri panggung·
 -Penari yang dapat menarik perhatian Dato’ Onn·

4. DJ Campbell
 -Pegawai Inggeris·
 -Sukar menerima teguran. DJ Campbell menuduh Dato’ Onn menentang pentadbiran British selepas menerima teguran dari Dato’ Onn.·

5. Dr Burhanuddin
 -Pemimpin KMM·
 -Pengasas Parti PAS·
 -Seorang yang tidak berfikiran jauh. Beliau menyangka Dato’ Onn. Lebih rela dijajah Inggeris di bawah Malayan Union apabila Dato’ Onn.tidak bersetuju bergabung dengan MPAJA menentang Inggeris.·


Latar

Latar Masa
1. 1927, Dato Onn menjadi nelayan
2. 21 Ogos 1945 Dato Onn bertemu pemimpin MPAJA dan KMM.
3. 14 Mac 1946 semasa penentangan Malayan Union.
4. 1947 peanugerahan Darjah Kerabat Kelas Dua
5. 1951 Dato Onn berucap
6. 31 Ogos1957 tarikh pengisytiharan kemerdekaan

Latar Tempat
1. Singapura Dato Onn menjadi nelayan.
2. Bukit Pasir, Muar Dato Onn bertemu pemimpin MPAJA dan KMM.
3. Kuala Lumpur, Kongres bersama pemimpin Melayu menentang Malayan Union
4. Istana Johor, Dato Onn dianugerahkan Darjah Kerabat Kelas Dua
5. Hotel Majestic, KL, Dato Onn berucap
6. Bandar Hilir, Melaka, pengisytiharan kemerdekaan tanah air

Latar Masyarakat
1. Masyarakat golongan bangsawan yang berjiwa rakyat dan sayang akan tanah air
Contohnya Dato Onn.
2. Masyarakat Melayu negeri Johor dan Tanah Melayu yang dijajah, ditindas dan jauh ketinggalan.
3. Masyarakat penjajah yang suka menindas dan mengaut kekayaan negara yang dijajah, contohnya DJ. Campbell dan Maxwell
4. Masyarakat yang inginkan kemerdekaan melalui kekerasan seperti MPAJA dan KMM

Gaya Bahasa
1. Diksi
Kata pinjaman (bahasa Inggeris)
Contoh: miss ,cabaret night club , Johor Sport Club
Kata pinjaman (bahasa Arab)
Contoh: Masya-Allah, Insya-Allah
2. Peribahasa
Bagai melukut di tepi gantang, Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang

Nilai
1. Nilai taat kepada ibu bapa. Contohnya , lantaran tidak mendapat restu keluarga, akhirnya perkahwinan Dato’ Onn dan Cik Kah tidak bertahan lama.
2. Nilai bertanggungjawab. Contohnya Dato’ Onn bertanggungjawab terhadap keluarga dan negaranya. Dia sanggup mengahwini balu adiknya. Dia juga bertanggungjawab memimpin rakyat jelata untuk menuntut kemerdekaan.
3. Nilai bersatu padu . Contohnya rakyat jelata bersatu padu agar menjadi lebih kuat. Dato’ Onn menegah sama sekali perbalahan dalam kalangan rakyat sehingga berlakunya pergaduhan dan pertumpahan darah.
4. Nilai kesetiaan. Contohnya rakyat jelata perlu menyatakan kesetiaan pada tanah air tanpa berbelah bagi dalam apa keadaan sekalipun. Keadaan inilah yang ditunjukkan oleh orang-orang Melayu di bawah pimpinan Dato’ Onn
5. Nilai menghargai jasa. Contohnya Sultan Johor menganugerahkan Darjah Kerabat kelas Dua kepada Dato’ Onn dan beberapa orang pemimpin lain yang berjasa kepada tanah air.
6. Nilai muafakat. Contohnya dalam menyelesaikan sesuatu masalah, muafakat amat penting. Tanpa muafakat masalah tidak dapat diselesaikan. Dato’ Onn
telah mengaturkan pertemuan dengan pelbagai pihak untuk menyatupadukan mereka demi menuntut kemerdekaan.

Pengajaran
1. Pemimpin hendaklah sanggup berkorban demi kepentingan rakyat dan negaranya.
2. Kita hendaklah sanggup mempertahankan tanah air dari sebarang bentuk penjajahan.
3. Kita hendaklah bersatu padu supaya lebih kuat dalam menentang penjajah.
4. Kita perlu pandai memilih maklumat daripada media massa agar tidak terpengaruh dengan unsur negatif.
5. Kita perlu pandai memilih jalan penyelesaian yang terbaik dan jangan menggunakan kekerasan yang banyak merugikan.
6. Kita perlu berbincang secara rasional untuk mendapatkan keputusan yang terbaik berbanding perbincangan yang disertai emosi.



No comments:

Post a Comment

Post a Comment